12 AZAB BAGI MEREKA YANG MENINGGALKAN SEMBAHYANG

Dalam sebuah hadis menerangkan bahwa Rasulullah S.A.W telah bersabda : "Barangsiapa yang mengabaikan solat secara berjemaah maka Allah S.W.T akan mengenakan 12 tindakan yang merbahaya ke atasnya. Tiga darinya akan dirasainya semasa di dunia ini antaranya :

·    Allah S.W.T akan menghilangkan berkat dari usahanya dan begitu juga terhadap rezekinya.
·    Allah S.W.T mencabut nur orang-orang mukmin daripadanya.
·    Dia akan dibenci oleh orang-orang yang beriman.

Tiga macam bahaya adalah ketika dia hendak mati, antaranya :

·    Ruh dicabut ketika dia di dalam keadaan yang sangat haus walaupun ia telah meminum seluruh air laut.
·    Dia akan merasa yang amat pedih ketika ruh dicabut keluar.
·    Dia akan dirisaukan akan hilang imannya.

Tiga macam bahaya yang akan dihadapinya ketika berada di dalam kubur, antaranya :-

·    Dia akan merasa susah terhadap pertanyaan malaikat mungkar dan nakir yang sangat menggerunkan.
·    Kuburnya akan menjadi cukup gelap.
·    Kuburnya akan menghimpit sehingga semua tulang rusuknya berkumpul (seperti jari bertemu jari).

Tiga lagi azab nanti di hari kiamat, antaranya :

·    Hisab ke atsanya menjadi sangat berat.
·    Allah S.W.T sangat murka kepadanya.
·    Allah S.W.T akan menyiksanya dengan api neraka.


Dari Anas r.a. berkata bahwa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya.
1.    Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan  
       oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya.
2.    Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya.
3.    Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang
       membacanya.
4.    Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.
5.    Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari
       manusia atau burung.
6.    Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang
       mempelajarinya.
7.    Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan
       kedua orang tuanya dan beristighfar baginya
8.   Yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Qur'an maka orang yang mengajarnya akan
       mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi
       pahala anak itu sendiri.

Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah S.A.W. telah bersabda : "Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga macam :
1.    Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah)
2.    Ilmu yang berguna dan diamalkan.
3.    Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Links

elang kiri